10-September-2024 13:16 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang dalam proses pembangunan sistem Malaysia Maritime Single WIndow (MMSW) bersama seluruh Pelabuhan Persekutuan di Malaysia. Sistem tersebut akan membolehkan urusan-urusan pelabuhan (pra-ketibaan, kemasukan, pelepasan) dan urusan berkaitan agensi / pihak berkuasa di pelabuhan dilakukan secara digital dan single sign-on oleh para pengguna pelabuhan.
3. Sehubungan itu, Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) ingin memanjangkan pelaksanaan Pilot-Run MMSW kepada lima (5) agent terpilih, di mana data-data akan dimasukkan secara real-time oleh pembangun sistem MMSW, Dagang.NET sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 2 / 9 / 2024 (Isnin) - Hingga Selesai
Senarai ejen-ejen terlibat :
Pelabuhan Kuantan
|
Pelabuhan Kemaman
|
Sun Forwarders Shipping & Agencis Sdn Bhd
|
Harbour Services Sdn Bhd
|
Bendera Shipping Agencies Sdn Bhd
|
Ben Line Agencies (M) Sdn Bhd
|
Worldwide Maritime Agencies Sdn Bhd
|
Gapima Sdn Bhd
|
M.H Agencies Sdn Bhd
|
Swift Integrated Logistics
|
Gateway Shipping Sdn Bhd
|
Kontena Nasional Global Logistics Sdn Bhd
|
4. Segala kerjasama tuan / puan adalah amat dihargai. Jika terdapat sebarang persoalan, bleh menghubungi unit IT, Nafiza Aida di talian 012-7202110 dan En Farid bin Mahmud (Pengurus IT) / Puteri Zuraini (Penolong ICT) di talian 012-9682053/ 019-2320611.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
--
"TERATUR • BERKESAN •SAKSAMA"
"PELABUHAN KUANTAN ~PENGHUBUNG RANTAU PASIFIK"
Saya yang menjalankan amanah,
MOHD FARID BIN MAHMUD
Pengurus Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat,
Bahagian Korporat dan Pembangunan,
Lembaga Pelabuhan Kuantan